sjkcbb8.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : sjkcbb8@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | VISI & MISI | MATLAMAT SEKOLAH | LATAR BELAKANG SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | BENDERA SEKOLAH | PIAGAM SEKOLAH | ANALISIS KEPUTUSAN UPSR | ENROLMEN MURID | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | BUKU PELAWAT | AKTIVITI | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | KEPUTUSAN UPSR |

Latar Belakang Sekolah

          SJK(C) Kampung Baru Batu 8 Labu, Seremban, Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1946. Sekolah ini telah ditubuhkan oleh beberapa orang peminpin masyarakat Kampung Baru Batu 8 Labu, Seremban Negeri Sembilan yang diketuai oleh Yap Shao Xin.

          Pada tahun tersebut, seramai 30 orang murid belajr di sekolah ini manakala cuma dua orang guru sahaja yang mengajar pada ketika itu. Guru Besar pada masa itu adalah Encik Chang Xuan Chin.

          Namun begitu, sekolah ini mula berkembang dari setahun ke setahun. Bilangan murid mula bertambah ke seratus orng beberapa tahun kemudian. Pada tahun 1975, bilangan murid meningkat ke 222 orang murid dan angka ini merupakan angka yang tertinggi dalam sejarah sekolah ini.

          Pada tahun 1993, hanya 176 orang murid sahaja yang belajar di sekolah ini. Bilangan murid semakin berkurangan sehingga mencecah 148 orang murid pada tahun 1998

          Kini bilangan murid berjumlah 105 orang sahaja. Penurunan jumlah pelajar adalah disebabkan oleh kadar lahir semakin berkurangan dan perpindahan penduduk kampung terutama warga muda ke kawasan bandar. Disamping kekurangan peluang mata pencarian dan ketiadaan perkembangan infrastruktur seperti taman perumahan atau kawasan industri

 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: